DetachFixClose

Headquarters Malaysia
Beckhoff Automation Sdn. Bhd.

Lot 7, Lorong Teknologi A, Jalan Teknologi, Taman Perindustrian Sains Selangor
Petaling Jaya 47810, Malaysia

+60 3 6151-3088
info@beckhoff.com.my
www.beckhoff.com.my

Polisi Privasi Data

Pengenalan

Beckhoff Automation GmbH & Co. KG, Germany dan Beckhoff Automation Sdn. Bhd., Malaysia (seterusnya dirujuk sebagai “kami”) bertanggungjawab untuk memproses data peribadi pengguna laman web syarikat kami. Maklumat hubungan kami terdapat dalam notis undang-undang di laman web syarikat kami, manakala cara menghubungi kami bagi soalan mengenai pemprosesan data peribadi disenaraikan secara langsung dalam Polisi Privasi Data ini.

Kami memandang serius perlindungan privasi dan data peribadi anda. Data peribadi anda dikumpul, disimpan dan diguna oleh kami dengan mematuhi secara ketat dengan kandungan Polisi Privasi Data ini dan juga dengan peruntukan-peruntukan privasi data yang sedia ada, terutamanya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”).

Polisi Privasi Data ini bertujuan untuk memberitahu anda mengenai skop dan tujuan pemprosesan data peribadi sehubungan dengan penggunaan laman web syarikat.

Data Peribadi

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan orang semulajadi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang mana seseorang itu dapat dikenalpasti atau boleh dikenalpasti dari maklumat tersebut atau dari maklumat tersebut dalam kombinasi dengan maklumat lain dalam milikan kami. Ini termasuk semua maklumat mengenai identiti anda, seperti nama, alamat e-mel, atau alamat pos anda. Sebaliknya, maklumat yang tidak dapat dikaitkan dengan identiti anda secara langsung (seperti data statistik, misalnya bilangan pengguna laman web dalam talian), tidak dianggap sebagai data peribadi.

Pengumpulan data peribadi

Anda boleh menggunakan ciri utama laman web kami tanpa perlu mendedahkan identiti anda dan tanpa memberikan data peribadi anda.

Justeru kami hanya mengumpul maklumat am tentang lawatan anda ke laman web kami. Walaubagaimanapun, data peribadi anda mungkin dikumpulkan

  • Apabila anda mendaftar ke laman web kami;
  • Apabila anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di laman web kami;
  • Apabila anda mengambil bahagian dalam webinar di laman web kami;
  • Apabila anda meminta perkhidmatan dari kami;
  • Apabila anda menghantar permohonan pekerjaan kepada kami;
  • Apabila anda menghubungi kami dengan pertanyaan, permintaan atau maklum balas melalui e-mel, telefon, borang perhubungan kami, laman web kami secara am, surat-menyurat atau sebaliknya;
  • Melalui cookies bagi tujuan penetapan target dan pemasaran semula;
  • Apabila anda melanggani bulletin kami; dan/atau
  • Apabila anda memberi data peribadi anda secara sukarela kepada kami.

Semasa mengumpul data peribadi, anda hanya perlu memberikan data yang benar-benar penting.

Sekiranya maklumat lain diberikan oleh anda, maklumat tersebut adalah diberikan secara sukarela. Kami akan sentiasa menyatakan sama ada butiran maklumat yang dikehendaki adalah wajib atau merupakan suatu pilihan.

Apabila menggunakan laman web syarikat kami, tiada keputusan automatik yang dibuat berdasarkan data peribadi anda.

Tujuan pengumpulan, pemprosesan dan pendedahan data peribadi

Kami hanya akan memproses data peribadi anda bagi tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda sebelum data peribadi anda dikumpul atau diproses dan bagi tujuan berikut:

  • Untuk menyediakan maklumat yang diminta oleh anda;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda;
  • Untuk memberi perkhidmatan kepada anda;
  • Bagi tujuan pemasaran dan promosi;
  • Untuk mentadbir laman web kami;
  • Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan;
  • Untuk mempertahankan dan melaksanakan hak kami dan tuntutan undang-undang; dan/atau
  • Sepertimana dibenarkan di bawah PDPA atau undang-undang dan peraturan lain yang terpakai.

Sila mendapat butiran lanjut berkenaan punca dan tujuan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda di bawah ini.

Webinar

Anda boleh menggunakan pelbagai pautan di laman web kami untuk mengambil bahagian dalam webinar kami yang diadakan dalam talian. Sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam webinar, kami memproses data peribadi yang anda isikan dalam borang pendaftaran, khususnya nama, alamat e-mel, dan syarikat atau organisasi. Kami memproses data yang dihantar melalui borang pendaftaran untuk tujuan eksklusif menjalankan webinar, menghubungi anda mengenai acara tersebut, dan memberikan anda maklumat lanjut berkenaan dengan webinar tersebut.

Webinar kami diadakan di GoToWebinar dari pelantar LogMeIn. Pelantar GoToWebinar diuruskan oleh LogMeIn Ireland Limited, Bloodstone Building Block C, 70 Sir John Rogerson's Quay, Dublin 2, Ireland. Kami tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap data yang diproseskan oleh GoToWebinar yang diuruskan oleh LogMeIn. Anda boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pemprosesan data oleh GoToWebinar di https://www.logmeininc.com/legal dan https://www.logmeininc.com/legal/privacy.

Pendaftaran

Anda boleh mendaftar untuk menggunakan ciri-ciri tertentu di laman web kami. Anda perlu memberikan data yang diminta semasa proses pendaftaran, misalnya nama, alamat, dan alamat e-mel. Tambahan pula, kami mengumpulkan tarikh dan masa pendaftaran serta alamat IP. Sebagai sebahagian proses pendaftaran, kami meminta persetujuan anda untuk menggunakan data tersebut. Manfaat untuk anda ialah anda tidak perlu memasukkan data ini lagi setiap kali anda menggunakan laman web atau membuat pesanan.

Maklumat wajib yang diminta semasa proses pendaftaran diperlukan untuk memenuhi atau memulakan kontrak dengan kami untuk perkhidmatan tertentu.

Akaun pelanggan akan diujudkan untuk anda semasa anda mendaftar. Kami akan menyimpan data dalam akaun pelanggan selama hubungan pelanggan aktif wujud. Sekiranya tiada aktiviti selanjutnya yang dapat dikesan dalam jangka masa dua tahun, status hubungan pelanggan akan ditetapkan sebagai tidak aktif. Anda boleh meminta kami untuk memadamkan akaun pelanggan anda pada bila-bila masa.

Portal pemohon kerja

Anda boleh memohon pekerjaan melalui portal pemohon kerja. Sehubungan ini, kami menawarkan pilihan untuk melengkapkan borang permohonan dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki bagi permohonan tersebut kepada kami melalui cara muat naik fail. Penggunaan portal pemohon ini adalah sukarela; anda juga boleh menghantar permohonan anda kepada kami melalui cara lain, misalnya melalui e-mel atau pos.

Apabila anda menghantar permohonan anda melalui portal pemohon kerja, dokumen anda adalah dihantar secara elektronik kepada pekerja yang bertanggungjawab di syarikat kami. Jika anda memohon jawatan yang diiklankan, dokumen tersebut akan dipadam secara automatik tiga bulan selepas berakhirnya proses pengambilan kerja, selagi kami tidak diwajibkan untuk menyimpan dokumen tersebut. Sekiranya permohonan berhubung dengan jawatan yang tidak diiklankan (permohonan spekulatif), permohonan tersebut akan disimpan selama permohonan itu menarik minat kami. Anda boleh meminta pemadaman permohonan anda pada mana-mana peringkat, malah sebelum penamatan tempoh penyimpanan yang telah ditetapkan. Jika permohonan berjaya, data yang dipindah akan disimpan bagi tujuan pemprosesan hubungan pekerjaan, dengan mengambil kira keperluan undang-undang.

Buletin

Apabila anda mendaftar untuk e-buletin kami, alamat e-mel anda akan digunakan bagi tujuan promosi kami sehingga anda tamat langganan. Berikutan ini, anda akan seringkala menerima maklumat melalui e-mel mengenai topik semasa dan juga e-mel tentang acara tertentu dan promosi khas. E-mel tersebut mungkin diperibadikan berdasarkan maklumat yang disimpan mengenai anda.

Kami menggunakan proses “double-opt-in” semasa anda mendaftar untuk melanggan buletin kami, dengan andaian anda belum memberi persetujuan anda secara bertulis. Ini bermakna kami hanya akan menghantar buletin kepada anda melalui e-mel jika anda telah secara jelas mengesahkan kepada kami terlebih dahulu bahawa kami patut mengaktifkan penghantaran buletin. Kami kemudiannya akan menghantar e-mel notifikasi kepada anda dan meminta anda mengesahkan dengan mengklik pautan dalam e-mel ini bahawa anda ingin menerima buletin kami. Kami merekod pembukaan buletin dan pautan yang mungkin terkandung dalamnya. Tambahan pula, kami memproses data berikut berkenaan dengan penggunaan buletin: program e-mel yang anda guna, sistem operasi anda, waktu akses, dan alamat IP anda yang disingkat.

Adalah juga mungkin, setakat dibenarkan oleh undang-undang, bahawa anda menerima buletin kami dari kami tanpa persetujuan eksplisit anda, disebabkan anda telah memesan barang atau perkhidmatan dari kami, atau kami telah menerima e-mel anda dalam hal ini, dan anda tidak memilih untuk tidak menerima maklumat melalui e-mel.

Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima buletin dari kami secara umum, anda boleh membatalkan persetujuan anda pada bila-bila masa berkuatkuasa untuk masa depan dan membantah sebarang penerima buletin lebih lanjut tanpa sebarang kos yang timbul melebihi kos asas penghantaran. Sila menggunakan pautan batal langganan yang terdapat dalam semua buletin atau menghantar notifikasi kepada kami atau pegawai perlindungan data kami.

Pemprosesan data peribadi

Data anda disimpan oleh kami di pelayan yang dilindungi khas di Kesatuan Eropah dan ditadbir oleh Beckhoff Automation GmbH & Co. KG. Langkah-langkah teknikal dan organisasi digunakan untuk melindungi pelayan ini daripada kehilangan atau kemusnahan, akses atau perubahan, atau penyebaran data anda oleh orang yang tidak diberikuasa. Hanya segelintir orang terhad akan dapat mengakses data anda. Individu tersebut bertanggungjawab untuk sokongan teknikal, komersial, atau editorial pelayan tersebut. Walaupun terdapat kawalan yang sedia ada, perlindungan secara mutlak terhadap semua risiko adalah mustahil.

Data peribadi anda dihantar dalam bentuk yang dienkripsi melalui Internet. Kami menggunakan enkripsi TLS/SSL (Transport Layer Security/Secure Socket Layer) bagi penghantaran data.

Pemindahan data peribadi kepada pihak ketiga

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat kumpulan kami, khususnya, kepada Beckhoff Automation GmbH & Co. KG dan juga kepada pembekal perkhidmatan luaran dan penasihat profesional, termasuk tetapi tidak terhad kepada agen cukai, juruaudit, peguam dan akauntan. Sekiranya kami menggunakan pembekal perkhidmatan luaran dan penasihat profesional dalam pembekalan perkhidmatan, mereka juga hanya boleh mengakses data bagi tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi Data ini. Kami menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan perlindungan data dan juga mewajibkan pematuhan oleh pihak pembekal perkhidmatan luaran dan penasihat profesional kami dalam hal ini.

Kami juga tidak akan memindah data kepada sesiapa pihak ketiga tanpa persetujuan nyata anda, khususnya bukan bagi tujuan pengiklanan. Data peribadi anda hanya boleh dipindah sekiranya anda telah memberikan persetujuan anda untuk berbuat demikian, atau jika kami berhak atau diwajibkan untuk berbuat demikian atas sebab peraturan undang-undang dan/atau perintah rasmi atau mahkamah. Ini mungkin melibatkan pemberian maklumat bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang, untuk mencegah bahaya, atau bagi tujuan menguatkuasakan hak harta intelek.

Pemindahan data peribadi dari Kesatuan Eropah

Sejauh mana data peribadi dikumpulkan oleh syarikat kumpulan kami yang didaftarkan di Kesatuan Eropah dan selanjutnya, diakses secara langsung oleh kami atau dipindahkan kepada kami melalui pembekal perkhidmatan, syarikat kumpulan kami akan mematuhi peruntukan khas iaitu “Article 44 et seq. General Data Protection Regulation of the European Union (“GPDR”)” dalam hal ini. Sehubungan itu juga, kami akan mematuhi dan mewajibkan pembekal perkhidmatan kami untuk mematuhi peraturan ini. Data peribadi yang dikumpulkan di dalam Kesatuan Eropah atau oleh syarikat yang didaftarkan di Kesatuan Eropah hanya boleh dipindah ke negara di luar Kesatuan Eropah tertakluk kepada tahap perlindungan yang dijamin oleh GDPR. Tahap perlindungan ini terjamin terutamanya melalui pemakaian klausa privasi yang standard selaras dengan peruntukan Article 46 (2) c) GDPR, yang mana boleh didapati di sini.

Pemadaman data dan tempoh penyimpanan

Kami sentiasa memadamkan data peribadi anda sebaik sahaja alasan untuk menyimpannya tidak lagi berlaku. Data mungkin disimpan selepas tamat tempoh ini sekiranya disimpan untuk tujuan keperluan undang-undang yang wajib kami laksanakan, misalnya berkenaan dengan penyimpanan sah atau obligasi menyimpan dokumen. Dalam kejadian seperti itu, kami akan memadamkan data peribadi anda setelah keperluan tersebut tidak lagi terpakai.

Tetapan Privasi

Anda boleh mengubah tetapan privasi dan cookie anda di sini.

Peta Google

Kami menggunakan Peta Google untuk mewujudkan laluan akses dan menunjukkan lokasi pejabat di peta. Ini merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Google Ireland Limited, Gordon House, Barrow Street, Dublin 4, Ireland.

Setiap kali laman web kami diakses, sambungan dibuat ke pelayan Google di Amerika Syarikat untuk memaparkan peta dan teks yang berkaitan.

Sekiranya anda melancarkan Peta Google semasa mengunjungi laman web kami, Google akan menyimpan cookie di dalam peralatan anda melalui browser jaringan internet anda. Data pengguna anda diproses oleh Google untuk memaparkan lokasi dan membuat petunjuk. Ada kemungkinan bahawa Google menggunakan pelayan di Amerika Syarikat bagi tujuan ini.

Google dapat menggunakan data yang dihantar kepadanya untuk menentukan laman web dari mana permintaan anda telah dikirim dan alamat IP ke mana arah yang akan dikirimkan.

Jika anda tidak bersetuju terhadap penyimpanan dan pemprosesan ini, anda perlu menghalang pemasangan cookie dengan membuat tetapan yang sesuai dalam browser anda. Dalam perkara ini, kami merujuk anda kepada maklumat yang disediakan di bawah topik cookies.

Penggunaan Peta Google adalah tertakluk kepada syarat penggunaan Google dan juga terma dan syarat umum. Anda boleh mendapatkan Polisi Privasi Data Google di https://policies.google.com/privacy.

Vimeo

Kami menggunakan “Vimeo” untuk menunjukkan video di laman web kami (Vimeo LLC, 555 West 18th Street, New York, New York 10011, USA, yang seterusnya dirujuk ebagai "Vimeo").

Sebahagian daripada data pengguna adalah diproses di pelayan Vimeo di Amerika Syarikat.

Dengan membenarkan kandungan luaran disematkan, anda memberi persetujuan anda.

Sekiranya anda memberi persetujuan anda untuk menyematkan video Vimeo, sambungan akan dibina ke pelayan Vimeo di Amerika Syarikat bagi tujuan menunjukkan video tersebut. Oleh itu, alamat IP anda akan dihantar dan diproses oleh Vimeo atas sebab-sebab teknikal. Tambahan pula, tarikh dan masa anda mengunjungi laman yang relevan juga akan direkodkan.

Sekiranya anda telah log masuk ke Vimeo apabila anda mengunjungi salah satu laman web kami yang mana video Vimeo telah disematkan, Vimeo akan mengagihkan data pengguna yang dikumpulkan ke akaun pengguna peribadi anda. Untuk mencegah perkara ini berlaku, anda perlu keluar dari Vimeo sebelum mengunjungi laman web kami atau mengkonfigurasi tetapan akaun di Vimeo dengan sewajarnya.

Vimeo menggunakan perkhidmatan analitik laman web Google Analytics bagi tujuan analisis. Google Analytics menyimpan cookies dalam peralatan anda melalui browser jaringan Internet anda dan menghantar maklumat mengenai penggunaan laman web kami ke Google, di mana video Vimeo disematkan. Ada kemungkinan bahawa Google akan menyimpan dan memproses maklumat di pelayan di Amerika Syarikat.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan penyimpanan dan pemprosesan ini, anda perlu menghalang pemasangan cookie dengan membuat tetapan yang sesuai dalam browser anda. Dalam perkara ini, kami merujuk anda kepada maklumat yang disediakan di bawah topik cookies.

Maklumat lanjut berkenaan dengan pengumpulan, penggunaan, dan pemprosesan data oleh Vimeo serta hak dan pilihan anda bagi perlindungan privasi boleh didapat di http://vimeo.com/privacy.

Matomo

Kami menggunakan perisian sumber terbuka Matomo (dulu dikenali sebagai Piwik) untuk menganalisa penggunaan laman web kami secara statistik. Ini adalah satu perkhidmatan analitik laman web. Data yang dikumpulkan oleh Matomo disimpan dalam pangkalan data untuk tujuan menganalisa penggunaan, di mana ianya bertujuan untuk mengoptimumkan laman web kami. Data yang dikumpulkan termasuk alamat IP yang disingkatkan, waktu, laman web yang dikunjungi, laman web dari mana anda datang sebelum mengunjungi laman web kami (perujuk URL), browser yang dipakai, tempoh kunjungan anda di laman web kami, dan frekuensi kunjungan anda.

Analisis yang dihasilkan dengan Matomo adalah sama sekali tidak dapat dikenali/tanpa nama dan tidak dapat digunakan untuk mengenalpasti individu. Data yang disimpan oleh Matomo tidak dihubungkan dengan sumber data lain mahupun dipindah ke pihak ketiga. Anda boleh memilih supaya data anda tidak dianalisis oleh Matomo dengan mengikut pautan ini. Cookie disimpan dalam peralatan anda melalui browser jaringan Internet anda, yang dapat menghalang analysis yang selanjutnya. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mengesahkan pautan di atas sekali lagi jika anda memadam cookie yang disimpan dalam peralatan anda.

Penyasaran dan pemasaran semula

Penyasaran atau pemasaran semula merujuk kepada teknologi yang membenarkan penyasaran pengguna yang pernah mengunjungi laman web yang tertentu dengan iklan yang sesuai walaupun mereka telah meninggalkan laman web tersebut. Untuk berbuat demikian, pengguna Internet perlu dikenali walaupun berada di luar laman web anda sendiri, dan ini dapat dilakukan dengan mengguna cookie penyedia yang berkenaan; tabiat layaran/browsing terdahulu juga diambil kira. Sebagai contoh, apabila pengguna melihat produk tertentu, produk ini atau produk yang serupa dapat ditunjukkan kepada pengguna ini di kemudian hari sebagai iklan di laman web lain. Ini merupakan iklan yang diperibadikan, yang disesuaikan untuk keperluan pengguna individu. Selain mengenali pengguna, mereka tidak perlu dikenalpasti sebaliknya bagi tujuan iklan yang diperibadikan. Oleh itu, data yang digunakan untuk penyasaran dan pemasaran juga tidak digabungkan oleh kami dengan data lain.

Kami menggunakan teknologi sebegini untuk meletakkan iklan di Internet, dan kami melakukannya dengan bantuan pembekal pihak ketiga. Kami menggunakan perkhidmatan Google, antara lain, untuk memaparkan secara automatik produk yang menarik bagi pengguna Internet. Fungsi ini dilaksanakan dengan pemakaian cookies. Maklumat lanjut berkenaan teknologi ini boleh didapati dalam Google Privacy Policy di pautan https://policies.google.com/privacy?hl=en.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan iklan diperibadikan ini, elakkan pemasangan cookies di browser jaringan internet anda. Anda boleh menghalang pemasangan cookies bagi Google Remarketing dan Google AdWords Conversion Tracking dengan mengubah tetapan dalam perisian browser yang relevan; untuk berbuat demikian sila layari http://www.google.com/policies/privacy/ads/ dan tukar tetapan yang relevan.

Hak anda dan hubungi kami

Kami mengambil berat untuk memastikan bahawa pemprosesan data peribadi anda dijelaskan dengan telus mungkin dan anda juga telah dimaklumkan mengenai hak anda. Sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut atau ingin menggunakan hak anda yang mana anda berhak terhadapnya, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa dan kami dapat menguruskan permintaan anda.

Hak subjek data

Anda mempunyai hak yang luas berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda. Pertama sekali, anda mempunyai hak akses yang menyeluruh dan boleh meminta supaya data peribadi anda diperbetulkan dan/atau dipadamkan atau disekat sekiranya perlu. Selanjutnya, anda boleh meminta salinan data peribadi anda, yang mana dalam pemilikan kami. Anda juga mempunyai hak untuk menyekat pemprosesan dan hak untuk membantah.

Sekiranya anda ingin menegaskan salah satu hak anda dan/atau menerima maklumat terperinci dalam perkara ini secara lanjut, sila hubungi pegawai perlindungan data kami.

Pembatalan persetujuan dan bantahan

Anda boleh membatal persetujuan anda semula pada bila-bila masa berkuatkuasa untuk masa depan. Dengan pembatalan persetujuan anda, kesahihan pemprosesan data yang dilakukan berdasarkan persetujuan sehingga waktu pembatalan tidak akan terjejas. Pegawai perlindungan data kami adalah kontak anda berkaitain perkara ini.

Jika data peribadi anda tidak diproses berdasarkan persetujuan, tetapi atas sebab-sebab lain yang sah, anda boleh membantah pemprosesan data ini. Bantahan anda akan dinilai dan, jika perlu, pemprosesan data akan ditamatkan. Anda akan diberitahu tentang keputusan penilaian dan – jika pemprosesan data perlu diteruskan macam mana jua – anda akan menerima maklumat terperinci yang lebih lanjut dari kami sebab mengapa pemprosesan data anda dibenarkan.

Kontak perlindungan data

Kami telah melantik seorang pegawai perhubungan untuk membantu kami berhubung dengan masalah privasi data dan dengan siapa anda juga dapat menghubungi secara langsung. Pegawai perhubungan data kami adalah tersedia untuk anda menangani pertanyaan yang berkaitan dengan pengendalian data peribadi atau untuk memberikan maklumat lain berkenaan dengan isu privasi data:

Data Protection Contact
Phone: + 49 (0) 52 46 / 9 63 - 0
E-mail: datenschutz@beckhoff.de

Aduan

Sekiranya anda berpendapat bahawa cara kami memproses data peribadi anda adalah tidak mematuhi Polisi Privasi Data atau peraturan perlindungan data yang sedia ada, anda berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkenaan. Anda juga boleh membuat aduan kepada pegawai perlindungan data kami. Pegawai data perlindungan akan memeriksa perkara tersebut dan memaklumkan anda mengenai hasil siasatan.

Maklumat tambahan dan perubahan

Pautan ke laman web lain

Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Pautan ini akan dikenalpasti secara amnya. Kami tidak mempunyai sebarang pengaruh sejauh mana peraturan perlindungan data yang berlaku diperhatikan di laman web yang dipautkan. Justeru kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri anda dengan polisi privasi data masing-masing di laman web lain.

Perubahan terhadap Polisi Privasi Data ini

Status tarikh Polisi Privasi Data ini adalah tertera (di bawah). Kami merizabkan hak untuk menukar Polisi Privasi Data ini pada bila-bila masa di masa depan. Perubahan mungkin berlaku terutamanya dalam keadaan modifikasi teknikal pada laman web atau pengkajian semula peraturan perlindungan data. Versi terkini Polisi Privasi Data ini dapat diakses secara langsung melalui laman web pada semua masa. Kami mengesyorkan agar anda membiasakan diri secara berkala dengan sebarang perubahan terhadap Polisi Privasi Data ini.

Versi Polisi Privasi Data: November 2020